BM | EN | 中文

POLIS JOHOR TERIMA 244 LAPORAN LIBATKAN DR ZAKIR NAIK

Zakir-Naik.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Polis Johor telah menerima sebanyak 244 laporan polis yang melibatkan pendakwah Dr Zakir Naik di Johor, setakat ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya tidak akan membenarkan pendakwah itu untuk mengadakan program di negeri ini kerana tidak mahu beliau mencetuskan kontroversi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Bagaimanapun, keputusan penuh untuk membenarkan program yang melibatkan Zakir tertakluk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Advertisement

“Di peringkat polis, kita akan memberi nasihat yang sewajarnya dari sudut keselamatan kepada pihak JAINJ.

“Oleh itu, kita akan pastikan apa jua agenda yang menjurus ke arah menjaga keharmonian masyarakat diteruskan. Kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” kata beliau ketika ditanya mengenai sama ada polis Johor akan mengikuti jejak polis Melaka yang tidak membenarkan Zakir berceramah di negeri ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor daripada beliau kepada Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu Datuk Shafie Ismail.

Advertisement

Selain itu, Mohd Kamarudin berkata setakat ini, tiada pihak yang membuat permohonan untuk mengadakan ceramah melibatkan pendakwah itu di negeri ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top