BM | EN | 中文

Polis Johor terima 19,090 permohonan rentas daerah, negeri antara 2 hingga 9 Mei

ayob-khan-polis-johor-sekatan-jalan-raya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 MEI: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan pihaknya telah menerima permohonan untuk merentas negeri lebih tinggi dari biasa menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 13 Mei ini.

Berita Harian semalam melaporkan, Polis Johor menerima 19,090 permohonan merentas negeri dan daerah antara 2 hingga 9 Mei, naik mendadak berbanding hanya 14,281 permohonan antara 25 April hingga 1 Mei lalu.

“Daripada 19,090 permohonan yang diterima antara Ahad lalu (2 Mei) hingga semalam (9 Mei), sebanyak 286 ditolak manakala daripada 14,281 permohonan antara 25 April hingga 1 Mei lalu, kita menolak 179 permohonan.

Advertisement

“Antara faktor utama permohonan ditolak adalah alasan tidak munasabah seperti mahu pulang beraya dan rindukan keluarga sedangkan mereka tahu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

“Mulai esok (hari ini), kita tidak beri nasihat jika ada yang ditahan kerana merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

“Mereka akan terus dikompaun, maka jangan marah polis dan kata kami tidak bertimbang rasa kerana sudah banyak nasihat diberikan,” katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya Seelong semalam.

Advertisement

Datuk Ayob Khan turut memberitahu bahawa cuti pegawai dan anggota polis di daerah Johor Bahru dibekukan pada Aidilfitri kali ini.

Seramai 1,212 pegawai dan anggota diarah bertugas pada Aidilfitri ini dengan 840 anggota menjaga sekatan jalan raya, 269 anggota bagi pasukan pemantauan manakala 171 membabitkan pasukan peninjau kenderaan pelbagai guna (MPV).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top