BM | EN | 中文

Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas

Ayub-Khan-Ketua-Polis-Johor.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Polis Johor sehingga kini menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah memfitnah.

Advertisement

Pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda Umno Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top