BM | EN | 中文

Polis Johor terima 1,000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari

IMG-20200518-WA0008-e1589789787453.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Polis Johor menerima antara 1000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri pada setiap hari sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 70 peratus daripada permohonan itu bertujuan untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

“Kita menerima antara 1,000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari. 70 peratus daripadanya adalah untuk pulang berhari raya dan ini tidak diluluskan dan ditolak.

Advertisement

“Kita hanya benarkan permohonan rentas negeri bagi kes kecemasan sahaja. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuang masa mereka dengan memberi alasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan turut memberitahu, sehubungan itu pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi peraturan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) khususnya ketika sambutan Aidilfitri ini.

Advertisement

Katanya, dalam tempoh pelaksanaan PKPB ini, sebanyak 33 sekatan jalan raya di adakan di beberapa lokasi strategik termasuk di pintu keluar negeri ini.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top