JOHOR BAHRU 16 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau permit bagi penggunaan mercun jenis ‘happy boom red cracker’ (8 inci) secara terbuka.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Md Din berkata, penggunaan mercun jenis itu adalah secara terhad untuk tujuan majlis atau sambutan perayaan yang memanfaatkan masyarakat dan berunsurkan keagamaan sahaja.
“Penjualan mercun jenis ini juga tidak dibenarkan secara terbuka tetapi hanya melalui syarikat pengedar yang telah dibenarkan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
“Garis panduan ini aalah terpakai sehingga kini dan sebarang perubahan syarat-syarat sehingga arahan semasa dikeluarkan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Johorkini