BM | EN | 中文

Polis Johor tahan tujuh individu di pangsapuri dekat Senibong, disyaki kendali judi online

Polis-Johor-tahan-tujuh-individu-disyaki-kendali-judi-dalam-talian-Senibong.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS: Polis menahan tujuh individu disyaki terbabit dalam kegiatan judi dalam talian menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah pangsapuri di Senibong, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata semua suspek warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun itu ditahan selepas ‘pusat panggilan ‘ mereka diserbu pada pukul 2.30 petang.

Katanya, dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 15 telefon bimbit, satu kad akses rumah, tujuh buah komputer riba, tujuh tetikus, empat modem wifi, 11 keping simkad Starhub, tiga meja dan tujuh kerusi, dipercayai digunakan untuk kegiatan pertaruhan dan promosi judi dalam talian.

Advertisement

“Sindiket ini dipercayai beroperasi selama 12 jam sehari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan mereka ditawarkan gaji sebanyak RM2,000 sebulan selain dibayar komisen, bergantung kepada keuntungan dari hasil perjudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Padzli dilaporkan Bernama sebagai berkata, semakan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Semua mereka kini direman selama sehari untuk siasatan kes di bawah Seksyen (4)(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 dan hendaklah dikenakan penjara maksimum tiga tahun.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top