BM | EN | 中文

Polis Johor tahan tiga lelaki, rampas 47,600 pil ekstasi bernilai RM856,800

Polis-Johor-tahan-tiga-lelaki-rampas-47600-pil-ekstasi-bernilai-RM856800.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia serta merampas 47,600 biji pil ekstasi bernilai RM856,800 dalam satu operasi di Pengerang, dekat Kota Tinggi, Ahad lepas ( 27 Jun).

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam operasi pada 11 pagi itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dan dua warganegara Indonesia berusia 51 dan 60 tahun di sebuah rumah tumpangan di Sungai Rengit dekat Pengerang.

“Kegiatan sindiket ini dipercayai telah mula dilakukan sejak Februari lalu dan hasil siasatan mendapati pil ekstasi ini dibawa dari Johor Bahru oleh dua suspek warga Indonesia yang bertindak sebagai penghantar dadah.

Advertisement

“Dadah itu kemudiannya dibawa ke rumah tumpangan di Pengerang yang diduduki lelaki tempatan yang merupakan tekong laut sebagai transit sebelum dihantar ke negara jiran,’ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain rampasan dadah, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Hilux yang dinaiki warga Indonesia itu dengan nilai sitaan RM40,000 dan wang tunai RM1,300 menjadikan nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM898,100.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati lelaki warga tempatan positif dadah selain mempunyai rekod Iampau berkaitan dadah dan jenayah manakala dua warga Indonesia yang berstatus penduduk tetap, negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Advertisement

Menurutnya, ketiga-tiga yang ditahan, direman lima hari bermula Isnin lalu dan berakhir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top