BM | EN | 中文

Polis Johor tahan tiga beradik, buat panggilan palsu minta wang tebusan daripada bapa

PDRM-Polis.png
Advertisement

MUAR, 6 OKT: Polis Johor menahan tiga beradik yang memperdaya bapa mereka dengan mendakwa diculik dengan tujuan untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu telah membuat panggilan telefon kepada bapa mereka mengatakan kononnya mereka dikurung.

Bagaimanapun menurut beliau, mangsa berusia 66 tahun itu kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak-anaknya.

Advertisement

“Menurut mangsa, melalui panggilan telefon anaknya telah memaklumkan bahawa bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan,” kata Zaharudin, lapor Utusan Online.

Bagaimanapun katanya, pada jam 8.30 malam Isnin lalu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan.

Menurut Zaharudin, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek telah berkonspirasi membuat cerita palsu bahawa mereka dikurung bagi mendapatkan wang dari bapa.

Advertisement

Katanya lagi, kesemua wanita berkenaan direman bermula Selasa sehingga Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang kejadian jenayah palsu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top