BM | EN | 中文

Polis Johor tahan lelaki disyaki pembekal dadah di pusat hiburan

ayob-khan.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Seorang lelaki yang disyaki menjadi pembekal dadah di pusat-pusat hiburan, ditahan dalam operasi khas polls di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki berumur 51 tahun yang dikenali dengan panggilan ‘cloktor itu ditahan dalam serbuan pada 1.30 pagi.

Beliau berkata polls turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu ecstasy, pil erimin 5, syabu, ganja dan ketamine bernilai RM151,765 serta wang tunai RM1,092 di samping menyita sebuah kereta BMW bernilai sekitar RM145,000.

Advertisement

“Turut ditahan dalam operasi di pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah itu adalah 68 orang termasuk enam penjawat awam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polls Kontinjen Johor di sini hari ini.

Katanya mereka yang ditahan itu terdiri daripada 44 lelaki tempatan; 12 wanita tempatan; seorang lelaki warga asing; serta 11 wanita warga asing.

Semuanya berusia sekitar 17 hingga 45 tahun, dan saringan air kencing mendapati 41 individu positif dadah jenis amphetamine, menthamphetamine dan ketamine melibatkan 30 lelaki termasuk empat penjawat awam dan 11 wanita.

Advertisement

Bernama

 

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top