BM | EN | 中文

Polis Johor tahan 532 warga asing, 184 tekong tahun lepas

ayob-khan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Polis Johor menahan 716 individu merangkumi 532 warga asing dan 184 tekong dalam tempoh April hingga Disember tahun lepas dalam operasi menangani penyeludupan warga asing di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah itu, 77 orang termasuk 19 pegawai penguat kuasa dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, sementara 12 lagi menurut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Berdasarkan Laporan Prestasi 2020 dan Amanat Ketua Polis Johor yang diedarkan kepada media hari ini, lima pegawai dan 225 anggota polis kontinjen Johor dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas.

Advertisement

Seorang pegawai kanan dan 43 anggota turut dituduh di mahkamah, empat pegawai kanan dan 53 anggota dikenakan tindakan tahan kerja, 12 anggota dikenakan tindakan gantung kerja manakala 46 anggota pula dibuang kerja disebabkan kesalahan dadah dan salah laku, katanya.

“Sepanjang tahun lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya menahan 19,013 suspek atas pelbagai kesalahan dadah, membabitkan rampasan dadah seberat 2,765 kilogram bernilai RM33 juta manakala jumlah harta yang disita bernilai RM14 juta,” katanya.

Menurut Ayob Khan, JSJN Johor juga berjaya menyelesaikan 22,000 kertas siasatan terbengkalai sejak 2011 hingga 2019.

Advertisement

Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Johor pula menyelesaikan 3,960 kes daripada keseluruhan 7,350 kes jenayah yang disiasat atau 53.88 peratus, melebihi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan pucuk pimpinan pada 45 peratus.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 2,745 serbuan membanteras kegiatan pelacuran dilaksanakan, menyaksikan 4,579 suspek ditangkap dan sejumlah RM1.35 juta hasil aktiviti itu dirampas, katanya,

“Dalam usaha mencegah dan menghapuskan kes-kes jenayah harta benda di Johor pula, pelbagai operasi dijalankan seperti Op Lejang, Op Pintu dan Op Rentap dan hasilnya seramai 3,613 suspek ditahan dengan 1,793 sudah dituduh di mahkamah manakala 86 yang lain dikenakan tindakan mengikut POCA,” katanya.

Advertisement

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula merekodkan KPI pada 95 peratus berbanding sasaran 85 peratus, dengan tangkapan 2,326 suspek, sementara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor menahan 1,710 individu melalui 3,504 operasi yang dijalankan.

“Sebanyak sejuta saman dikeluarkan tahun lepas manakala hasil kutipan kompaun pula sebanyak RM26 juta,”katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top