BM | EN | 中文

Polis Johor sita harta bernilai RM10.46 juta hasil pengedaran dadah sepanjang tahun 2019

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor (JSJN) berjaya menyita harta bernilai RM10.46 juta hasil dari pengedaran dadah dalam operasi yang dilakukan sepanjang tahun 2019.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2019, seramai 17, 604 orang terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah juga telah berjaya ditahan.

Katanya, dalam tempoh sama sebanyak 2,960 kg dadah telah berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan adalah RM134.93 juta.

Advertisement

“Pecahan tangkapan melibatkan 2,530 orang terlibat dengan bekalan dadah, 5,426 orang memiliki dadah, 9,355 orang positif urin, 103 orang terlibat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya dan 190 orang terlibat dengan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK),”katanya kepada wartawan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top