BM | EN | 中文

POLIS JOHOR SIASAT DAKWAAN KEKASARAN DI SERBUAN ANTI-SYIAH

KP_Johor_Mohd_Kamarudin_Md_Din.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Polis Johor sedang menyiasat dakwaan kekasaran di serbuan anti-syiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya menerima tiga laporan berhubung dakwaan anggota polis tidak mengikuti Prosedur Operasi Lazim (SOP) ketika operasi dijalankan di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas di sini.

“Pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika benar berlaku kekasaran seperti yang didakwa,” katanya, lapor Malaymail.

Advertisement

Kamarudin berkata demikian mengulas laporan polis yang dibuat tiga lelaki yang berada di rumah tersebut ketika serbuan dijalankan.

Dalam pada itu beliau menegaskan pihaknya percaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa semasa serbuan, malah anggota polis yang terlibat bertindak mengikut batas undang-undang.

“Pihak polis juga tidak teragak-agak untuk mangambil tindakan jika mendapati tiga laporan berkenaan adalah palsu,” katanya.

Advertisement

Kamaruddin turut memberi jaminan bahawa pihak polis akan menyiasat kedua-dua aspek kes sebagai sebahagian dari prosedur siasatan.

Kamarudin menekankan bahawa operasi serbuan JAINJ terhadap aktiviti yang dipercayai berkaitan dengan Syiah dilaksanakan oleh agensi agama.

“Pihak polis hanya sebagai agensi sokongan ketika serbuan,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu dilaporkan, kekasaran telah berlaku ketika serbuan JAINJ terhadap aktiviti yang dipercayai berkaitan dengan Syiah, antaranya dakwaan bahawa pistol telah diacu kepada salah seorang individu yang terlibat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top