BM | EN | 中文

Polis Johor sahkan aduan ‘Long Tiger’ ditangani secara profesional

ayob-khan-polis-johor.jpg

Gambar Fail / Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: Polis Johor menegaskan pihaknya telah bertindak secara profesional, terhadap semua aduan yang dilaporkan oleh ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid dan isterinya.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes-kes yang diadu telah pun dilayan dan disiasat, malah ada antaranya juga sudah dituduh dan dijatuhkan hukuman.

“Siasatan yang dijalankan adalah telus dan tiada istilah layanan istimewa kepada mana-mana pihak.

Advertisement

“Oleh itu, polis suka untuk mengingatkan bahawa isu ini (isu membabitkan Long Tiger) tidak akan berakhir, selagi pihak-pihak yang terlibat masih tidak berhenti tuduh menuduh antara satu sama lain, dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan dikeluarkan sebagai mengulas dakwaan peguam Long Tiger menerusi FB Live semalam, yang menyebut terdapat pegawai polis yang menjalankan siasatan kes anak guamnya sengaja melewat-lewatkan siasatan kes, sedangkan bukti kejadian telah dikemukakan.

Dalam siaran sama, peguam itu turut menyatakan kekesalan kerana surat permohonan pihaknya untuk bertemu Ayob Khan telah ditularkan di media sosial, sehingga menyebabkan mereka dituduh ‘makan duit’ selain turut membangkitkan soal integriti polis.

Advertisement

“Hasil semakan mendapati, surat yang dikatakan dihantar kepada pihak polis dan tersebar keluar, sebagaimana didakwa oleh peguam tersebut di dalam FB live, tidak pernah berlaku.

“Tidak pasti di mana berlaku kebocoran tersebut, yang pastinya bukan daripada pihak polis,” kata Ayob Khan lagi.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top