BM | EN | 中文

Polis Johor rampas dadah lebih 34 kilogram bernilai hampir RM1.8 juta

Polis-Johor-rampas-dadah-lebih-34-kilogram-bernilai-hampir-RM1.8-juta.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Polis Johor merampas 34.66 kilogram syabu dan 47.54 kilogram heroin bernilai hampir RM1.8 juta dalam tiga operasi khas di sekitar bandar raya Johor Bahru, bermula dua hari lepas hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata operasi pada 3.30 petang, Rabu lepas hingga 12.15 malam semalam itu turut menahan empat individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah termasuk menjadikan kondominium sebagai stor penyimpanan barangan larangan itu.

“Dalam serbuan pertama di satu unit kondominium berpagar dan berpengawal itu, polls menahan sepasang kekasih berumur 21 dan 24 tahun bersama sejumlah heroin.

Advertisement

“Susulan serbuan itu, polls membuat dua serbuan lain dan menahan dua lelaki berumur 34 dan 35 tahun bersama sejumlah heroin serta syabu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ayob Khan berkata kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai penghantar dadah dan penjaga stor dadah, sejak April tahun lepas dengan tiga daripadanya positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Beliau berkata kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan dan pihaknya turut menyita dua kereta.

Advertisement

Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta kesemuanya kini direman hingga 15 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top