BM | EN | 中文

Polis Johor patahkan cubaan seludup dadah bernilai RM1.9 juta

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MEI: Polis negeri ini berjaya mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup keluar dadah bernilai RM1.9 juta dengan penahanan dua individu dalam satu serbuan di Teluk Sengat, Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 22 dan 29 tahun itu ditahan bersama rampasan dadah berkenaan.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Advertisement

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengubahsuai bahagian lantai bot bagi menyeludup dadah ke Indonesia.

“Selain dadah jenis syabu bernilai RM1.9 juta yang dirampas, polis turut menyita sebuah kereta, sebuah motosikal, sebuah bot dan sebuah enjin bernilai RM73,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, pihaknya percaya sindiket berkenaan mahu menyeludup dadah tersebut sejak Mac lalu namun terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kini setelah dua bulan, mereka mengambil keputusan untuk mencuba menyeludup keluar dadah tersebut yang diperoleh dari Kuala Lumpur.

“Siasatan dibuat keatas suspek mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah sementara ujian air kencing kedua-dua suspek negatif,” tambahnya.

Advertisement

Kedua-dua suspek dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula 23 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top