BM | EN | 中文

Polis Johor minta bantuan Singapura bantu siasatan kes ugutan

ayob-khan-polis-johor.jpg

Gambar Fail / Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Polis Johor akan meminta bantuan danpada polis Singapura bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia Chua Jian Boon yang rumah dan dua keretanya disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia susulan individu yang dipercayai terlibat di dalam kes tersebut menggunakan nombor teleton dan akaun bank danpada republik itu.

“Jadi, kita terpaksa minta bantuan negara itu (polis Singapura) untuk siasatan lanjut sebab ia bukan kes mudah.

Advertisement

“Ramai pertikai kenapa kita tidak selesaikan dengan cepat tetapi perlu tahu modus operandi kes ini dilakukan secara tersusun dan teltti seperti pakai topeng dan bawa kenderaan nombor pendaftaran palsu yang sekali gus menyukarkan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ayob Khan berkata pihaknya pada masa sama telah merekodkan keterangan tiga saksi yang melihat kejadian itu dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada 7 Okt, kediaman dan dua kereta milik Chua disimbah cat merah selain terdapat satu nota ugutan ditinggalkan di rumahnya di Kulai.

Advertisement

Dipercayai ugutan itu berlaku selepas Chua terlibat dalam membantu seorang mangsa yang diburu syarikat pengutip hutang.

Sementara itu, Ayob Khan berkata pihaknya menyerbu dua premis hiburan tanpa lesen yang beroperasi dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Taman Mount Austin dan Taman Cahaya Kota Puteri, Masai pada 12.10 tengah malam tadi.

Dalam operasi di Taman Mount Austin, 23 individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis terbabit telah dikompaun berjumlah RM135,000.

Advertisement

Beliau berkata di Taman Cahaya Kota Puteri pula, seramai 96 individu dikompaun termasuk seorang wanita tempatan yang merupakan penjaga premis berkenaan dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM485,000.

“Dalam serbuan kedua ini (Taman Cahaya Kota Puteri) kita menahan lima individu iaitu penjaga premis, tiga wanita asing yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan seorang lelaki tempatan memiliki rekod dadah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Ayob Khan kesemua individu di dalam kedua-dua serbuan terbabit berusia antara 16 hingga 63 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top