BM | EN | 中文

Polis Johor lupus rokok, arak seludup RM2.5 juta

Polis-Johor-lupus-rokok-arak-seludup-RM2.5-juta.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Polis Johor hari ini melupuskan rokok dan arak seludup yang dirampas pada tahun 2018 sehingga Oktober lepas bernilai RM2.5 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pelupusan itu melibatkan 30 kes yang telah selesai daripada sudut siasatan bagi daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Iskandar Puteri dan Seri Alam.

Beliau berkata daripada keseluruhan kes, 12 kes melibatkan JBS dengan nilai rampasan berjumlah RM820,000, 10 kes Iskandar Puteri (RM916,618) dan lapan kes Seri Alam (RM763,382).

Advertisement

“Jumlah tangkapan bagi keseluruhan kes pula adalah seramai 36 suspek melibatkan rakyat tempatan dan warga asing berusia antara 26 hingga 53 tahun, ” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata daripada 36 yang ditahan, seramai 12 orang ditahan di JBS, 15 di Iskandar Puteri dan sembilan lagi di Seri Alam.

Katanya, sebanyak 467 siri serbuan rokok dan arak seludup dilakukan bagi tempoh 2018 sehingga Oktober lepas, antaranya diseludup dari Vietnam dan Indonesia sebelum dibawa masuk ke beberapa lokasi di Johor dan Pahang.

Advertisement

Beliau dalam masa sama menjelaskan, kes berkaitan penyeludupan rokok dan arak mengguna pakai Akta Kastam 1967 dan kegiatan itu dapat dibanteras secara efektif sekiranya berada di bawah jenayah terancang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Di bawah Akta Kastam biasanya kita tangkap pemandu lori, pemilik kedai yang jual rokok dan arak haram serta mereka akan bayar denda kira-kira RM1,000 sehingga RM2,000…setelah itu mereka terlibat balik semula dalam aktiviti penyeludupan.

“Sebab itu kalau kita masukkan kesalahan penyeludupan rokok dan arak di bawah undang-undang keselamatan ia memudahkan kita untuk ambil tindakan terhadap seluruh sindiket terlibat termasuk ketua sindiket,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top