BM | EN | 中文

Polis Johor lupus mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM2 juta

Polis-Johor-lupus-mercun-pelbagai-jenis-bernilai-kebih-RM2-juta.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Polis Johor melupuskan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM2.02 juta yang dirampas di seluruh negeri sepanjang 2020 hingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pelupusan itu dilaksanakan atas arahan mahkamah selepas selesai proses siasatan dan pendakwaan terhadap lapan kes rampasan dan tangkapan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 74 Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1957.

Rampasan itu meliputi lima kes membabitkan kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara iaitu dengan nilai rampasan RM1.6 juta, satu kes berkaitan IPD Iskandar Puteri dengan nilai rampasan RM394,800 dan dua lagi kes (IPD Kluang dengan nilai rampasan RM30,000).

Advertisement

“Pelupusan dibuat bermula 23 hingga 28 Mei di Lapang Sasar Batu Anam, Segamat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ayob Khan, polis secara dasarnya hanya membenarkan 36 jenis bunga api daripada jenama Happy Boom dan Pop-Pop dijual dalam negara kerana ini yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk jualan sempena musim perayaan.

“Namun begitu, terdapat tiga larangan untuk aktiviti penjualan semua jenis bunga api berkenaan iaitu menjual kepada pembeli berumur bawah 18 tahun, urus niaga melalui dalam talian atau sebarang aplikasi media sosial dan penjualan oleh pengusaha restoran atau kedai.

Advertisement

“Oleh itu, peniaga harus mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mendapatkan permit, lesen, kupon atau surat rasmi berniaga daripada polis dan pihak berkuasa tempatan.

“Sebarang pelanggaran syarat boleh mengakibatkan tindakan diambil mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya lagi.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top