BM | EN | 中文

Polis Johor lakukan pelupusan rokok terbesar babit nilai RM17 juta

datuk-shafie-1.jpg

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail melupuskan rampasan rokok bernilai RM17juta menggunakan jengkaut di Tapak Pelupusan Sampah Jalan Meta Mersing, pagi tadi.

Advertisement

MERSING, 21 JAN : Polis Johor hari ini melakukan pelupusan terbesar membabitkan 2,828 kotak rokok bernilai RM17 juta yang dilakukan di Tapak Pelupusan Sampah Jalan Meta Mersing, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, untuk kontinjen Johor ia merupakan kes pertama kaedah pelupusan yang pernah dibuat di bawah Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, biasanya polis akan menunggu sehingga kes selesai namun untuk kes tersebut pihak polis telah memohon kebenaran kepada mahkamah.

Advertisement

Menurutnya, ia bagi tujuan pelupusan ekoran tidak mahu menyimpan lama barang kes berkenaan disamping di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing mempunyai ruangan terhad untuk penyimpanan.

“Kita tidak mahu barang kes simpan lama takut orang curi dan sebagainya dan lebih penting kita tidak ada ruang untuk simpan barang kes ini. Kerana rampasan barang kes sentiasa ada jadi tidak ada ruang.

“Sebab itu kita minta kebenaran dari majistret mahkamah untuk lupuskan rampasan rokok bernilai RM17 juta mengikut nilai tafsiran kastam ini,” katanya kepada wartawan pada sidang media sebelum pelupusan dilakukan.

Advertisement

Shafie berkata, tangkapan kes membabitkan sindiket penyeludupan itu dilakukan polis dari Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman bersama Pasukan VAT 69 pada 10 Oktober 2018.

Katanya, seramai tujuh lelaki tempatan dan 16 lelaki Indonesia ditahan serta sebanyak 25 buah kenderaan pelbagai jenis turut dirampas dalam operasi itu.

“Pertuduhan kes telah dibuat dihadapan Majistret Mersing pada 24 Oktober 2018 terdapat empat pertuduhan. Di mana tiga lelaki tempatan dan enam lelaki Indonesia masih dalam perbicaraan.

Advertisement

“Bagi Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen seorang tertuduh dipenjara lima bulan, Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen tiga tertuduh dipenjara empat bulan dan bagi PER. 39 Peraturan-Peraturan Imigresen lima tertuduh dipenjara tiga bulan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top