BM | EN | 中文

Polis Johor kerjasama dengan Singapura kes ugut Ketua Biro Adun Awam MCA

Ayub-Khan-Ketua-Polis-Johor.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Polis Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura berhubung siasatan kes ugutan ah long terhadap Ketua Biro Aduan Awam MCA Pasir Gudang Lim Thow Siang, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia berdasarkan maklumat diterima mengenai nombor telefon dan nombor akaun bank, dipercayai digunakan ah long yang didakwa dari republik berkenaan.

“Satu laporan polis berkaitan kes ini telah diterima dan kami sedang menjalankan siasatan selain akan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa di Singapura.

Advertisement

“Kes ini akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan pihak berkuasa negara luar, selain memerlukan banyak kaedah dan lapisan untuk disiasat,” katanya mengulas mengenai siasatan kes ugutan ke atas Lim, baru-baru ini dalam satu sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Lim menerusi satu sidang media berasingan hari ini berkata telah menerima ugutan daripada lelaki dikenali sebagai ‘Sky’, dipercayai seorang ah long dari Singapura.

Beliau mendakwa individu terbabit mengugut akan membakar rumahnya sekiranya terus membantu mangsa-mangsa penipuan membabitkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

Advertisement

Lim turut mendakwa individu berkenaan dipercayai orang sama yang terbabit dalam ugutan terhadap Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia Chua Jian Boon, baru-baru ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top