BM | EN | 中文

Polis Johor keluar kompaun terbesar, RM1.13 juta terhadap 109 individu ingkar SOP

ayob-khan-Polis-Johor-keluar-kompaun-RM1.13-juta-terhadap-109-individu-Muar.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MAC: Polis merekodkan kompaun pengingkaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbesar di negara ini apabila berjumlah RM1.13 juta, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kompaun itu dikenakan ke atas 109 individu.

Beliau berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun ketika serbuan dijalankan di sebuah premis hiburan di Muar pada pukul 10.45 malam.

Advertisement

“Ini adalah tindakan kompaun terbesar di negara ini sejak kerajaan melaksanakan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

“Mengikut ordinan ini mana-mana individu yang melanggar SOP sewaktu tempoh pelaksanaan darurat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac lalu,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, kesemua individu yang dikompaun itu terdiri daripada 81 lelaki dan 28 wanita tempatan berusia antara 17 tahun hingga 52 tahun.

“Semakan rekod dibuat juga mendapati premis berkenaan sudah dua kali diserbu masing-masing pada 26 Februari serta 10 Mac lalu.

“Namun pemilik premis masih berdegil biarpun surat pembatalan lesen telah diedarkan Majlis Perbandaran Muar pada 10 Mac lalu.

Advertisement

“Sementara itu, polis juga menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengaku sebagai pengurus pusat hiburan tersebut dan dikenakan kompaun sebanyak RM50,000,” ujarnya.

Ayob Khan turut memberitahu, dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa peralatan termasuk dua unit pembesar suara, dua unit alat kawalan muzik serta pemain cakera video digital (DVD).

“Kesemua individu terbabit didapati negatif penyalahgunaan dadah dan telah dibebaskan selepas keterangan mereka selesai diambil.

Advertisement

“Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Jangkitan dan Pergerakan Bersyarat.

“Selain itu, siasatan turut dibuat dibawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 4/98 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top