BM | EN | 中文

Polis Johor gerak operasi pematuhan SOP Covid-19

Ayob-Khan-tinjau-SOP-Covid-19.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 DIS:: Polis Johor menggerakkan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memantau kepatuhan orang ramai ekoran peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi tersebut membabitkan 151 anggota dan pegawai polis serta agensi lain seperti Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, operasi dijalankan di 61 lokasi tumpuan seperti premis perniagaan, kedai makan dan tempat awam dalam memastikan pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1888 (Akta 342).

Advertisement

“Operasi bersepadu ini dijalankan ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri ini melibatkan 2,362 kes sehingga semalam.

“Kerajaan memandang serius tentang penularan wabak ini. Justeru operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP Covid-19 dijalankan,” katanya, lapor Utusan Digital.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah pasukan sukarelawan polis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Advertisement

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengingatkan masyarakat agar tidak panik dengan penyebaran berita palsu berkenaan penularan pandemik tersebut.

Katanya, kes positif akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan dan tindakan susulan akan dibuat dengan melakukan saringan bagi kontak rapat yang terlibat.

“Ada berita palsu melibatkan kawasan Orang Asli semalam di mana mereka melarikan diri ke dalam kawasan hutan selepas khabar angin mengatakan seorang guru agama di kawasan mereka positif Covid-19.

Advertisement

“Jadi jangan mudah percaya khabar angin. Sebarang kemuskilan boleh hubungi pihak polis dan pihak kementerian kerana khabar angin disebarkan hingga menyebabkan kegusaran di dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top