BM | EN | 中文

Polis Johor dengan kerjasama Jabatan Perhilitan tahan enam pemburu haram

Polis-Johor-pemburu-haram-lesen-senjata-api-Nov-2020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 NOV: Enam pemburu haram ditahan dalam Ops Khazanah Bersepadu yang melibatkan kerjasama polis dan Jabatan Perhilitan Johor dalam empat serbuan di Kluang, Pontian dan Kulai, sejak 21 Nov lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek yang berumur antara 22 dan 57 tahun itu ditahan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Katanya turut dirampas dalam serbuan itu ialah 10 laras senjata api buatan sendiri, 110 butir peluru hidup, dua bilah parang panjang, 10 jenis haiwan bersama sangkarnya termasuk musang pandan, kera, burung bayan dan burung parakeet, selain trofi kepala kijang, mesin gergaji elektrik, mesin grinder, bahagian kijang, ekor bangkai hidupan liar disyaki ayam hutan dan pelbagai lagi barangan lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, di sini, petang ini beliau berkata tahun ini 823 pemegang lesen senjata api di Johor telah dibatalkan lesen mereka kerana didapati menyalah guna lesen bagi tujuan pemburuan haram.

Persidangan media turut dihadiri Pengarah Perhilitan negeri, Salman Saaban.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top