BM | EN | 中文

Polis Johor cari ‘Datuk Seri’, bantu siasatan kes jenayah komersial, ubah wang haram

polis-johor-cari-datuk-seri-bantu-siasatan-kes-jenayah-komersial-ubah-wang-haram.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes jenayah komersial dan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence, Puchong, Selangor itu dipercayai masih berada di negeri tersebut

“Lelaki ini yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group dikehendaki untuk slasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Advertisement

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi ASP V. Prakash menerusi talian 012-5209767 atau balai polis berhampiran

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top