BM | EN | 中文

Polis Johor buru pemilik akaun bank kerjasama dengan sindiket penipuan

IMG-20200603-WA0005.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Polis Johor telah melancarkan ‘Ops Mule’ bagi mengesan pemilik akaun bank yang bekerjasama dengan sindiket penipuan untuk mendapatkan komisen atas setiap akaun bank dibuka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tumpuan adalah bagi kes jenayah komersil seperti ‘Macau Scam’, pinjaman wang tidak berlesen, jual beli atas talian dan pinjaman tidak wujud.

Katanya, sejak 6 Januari hingga 31 Mei tahun ini, seramai 440 suspek terdiri daripada pemilik akaun bank telah ditahan dengan jumlah kerugian berjumlah RM17 juta.

Advertisement

“Fokus ‘Ops Mule’ adalah pemilik akaun yang bekerjasama dengan sindiket yang mana akaun berkenan akan diguna untuk melakukan aktiviti penipuan.

“Menerusi dua siri operasi yang telah dijalan, polis telah menahan seramai 440 suspek dimana 350 daripadanya telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, pihaknya mendapati majoriti pemilik akaun yang menyerahkan akaun bank mereka kepada sindiket penipuan adalah individu yang mempunyai masalah kewangan.

“Majoriti daripada mereka yang ditahan merupakan golongan gelandangan dimana mereka menerima komisen sekali bayaran antara RM100 hingga RM200.

“Selain itu pemilik akaun lain yang didapati turut terlibat terdiri daripada penagih dadah dan penganggur,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top