BM | EN | 中文

Polis Johor bongkar sindiket pelacuran guna aplikasi Michat

Polis-Johor-bongkar-taktik-pelacuran-guna-Michat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUL: Taktik sindiket pelacuran mengiklan dan mempromosi kegiatan itu di aplikasi Michat terbongkar susulan penangkapan 26 individu di tujuh premis di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bertindak atas risikan, bahagian jenayah D7 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melibatkan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah membuat serbuan Op Noda antara jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Dalam serbuan itu, polis menahan lapan lelaki tempatan dan dua lelaki warga India bertindak sebagai penghantar dan penjaga premis.

Advertisement

“Polis turut menahan 16 pekerja seks yang terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand termasuk seorang wanita tempatan.

Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 54 tahun.

“Selain itu, polis merampas 37 unit telefon, 346 kondom, empat botol minyak pelincir, empat helai tuala, tiga tisu basah, satu gulung tisu, dua tiub KY Jelly, enam resit ‘homestay’, empat buah kereta yang digunakan penghantar dan wang tunai RM14,511,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Ayob Khan berkata, sindiket yang beroperasi sejak Mei lalu menggunakan aplikasi Michat untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

“Ahli sindiket akan memberikan beberapa gambar pekerja seks wanita kepada pelanggan untuk dipilih sebelum memberikan lokasi pertemuan di beberapa lokasi seperti di hotel bajet, apartmen dan rumah.

Advertisement

“Pelanggan perlu membayar antara RM200 hingga RM300 mengikut pekerja seks yang dipilih dan bayaran dibuat kepada penghantar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top