BM | EN | 中文

Polis Johor bongkar sindiket Macau Scam beli hartanah, labur matawang kripto

ayob-khan-macau-scam.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Polis Johor membongkar satu sindiket berkaitan Macau Scam yang dikesan menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli hartanah.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sindiket itu turut melabur dalam mata wang kripto berjumlah RM336 juta.

Malah pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa penipuan di Pontian dan Nusa Bestari melibatkan kerugian RM2.31 juta.

Advertisement

“Hasil siasatan lanjut ke atas syarikat pemaju itu telah mendedahkan bahawa sejak Jun 2020, syarikat pemaju itu telah menerima pembayaran sebanyak RM25 juta daripada 91 akaun (terdiri daripada 18 akaun individu dan 73 akaun syarikat).

Pembayaran ini (RM25 juta) adalah sebahagian daripada harga belian 100 unit kondominium mewah dan unit komersil di bandar raya Georgetown Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.

Ayob Khan berkata modus operandi digunakan sindiket itu adalah dengan mewujudkan beberapa lapisan akaun keldai untuk melakukan transaksi kewangan supaya tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

Advertisement

“Modus operandi yang digunakan ini adalah yang terbaru bagi sindiket penipuan Macau Scam.

Selain memasukkan wang ke dalam beberapa lapisan, sebahagian wang penipuan turut disalurkan untuk jual beli mata wang kripto,” katanya.

Katanya, susulan itu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor telah menahan seramai 12 pengarah syarikat terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 29 hingga 68 tahun di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara 3 hingga 21 Disember lepas.

Advertisement

“Bagaimanapun kesemua mereka telah dilepaskan atas jaminan polis dan kita sedang mengesan tiga suspek dikehendaki,” katanya.

Tiga suspek itu merupakan tiga beranak warga tempatan dan dalang utama, bapa berusia 55 tahun yang mempunyai rekod jenayah dan dipercayai telah melarikan diri ke Thailand dan dua anaknya masing-masing berumur 32 dan 30 tahun dipercayai masih lagi berada di dalam negara.

Dalang utama itu dikesan membeli hartanah terbabit daripada sebuah syarikat pemaju terkemuka di Pulau Pinang dengan menggunakan nama dua syarikat dikendalikannya.

Advertisement

Katanya, kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top