BM | EN | 中文

Polis Johor Bahru tahan enam terlibat dalam pergaduhan, buru enam lagi

gaduh-tampoi.png

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Polis menahan enam lelaki dan sedang memburu enam lagi yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan parang, rotan dan kerusi plastik di kawasan kediaman Tampoi, di sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pergaduhan pada hari Selasa itu melibatkan 12 lelaki berumur antara 21 dan 36, dan setakat ini polis telah menahan enam daripada mereka di sekitar bandar raya, sehari selepas kejadian.

Beliau berkata pergaduhan pada pukul 10.20 malam itu dipercayai berpunca daripada masalah yang berlaku antara dua rakan kongsi perniagaan.

“Pergaduhan itu menyebabkan seorang daripada suspek mengalami patah tangan, selain sebuah kenderaan jenis Mercedez Benz dan pos keselamatan rosak,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top