BM | EN | 中文

Polis Johor Bahru Selatan tahan lima ‘Geng Mat Top’ terlibat curi kenderaan tumpas

Geng-Mat-Top-curi-kereta.png

Gambar Ehsan FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan terpakai di sekitar bandar raya ini dalam empat serbuan berasingan di Ulu Tiram, di sini, dan Kota Tinggi, pada dua hari lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kesemua ahli kumpulan “Geng Mat Top” yang berumur antara 25 dan 35 tahun itu ditahan antara pukul 11.30 malam, dua hari lepas dan 2.00 petang semalam, oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Hasil penahanan, polis merampas empat kereta daripada mereka. Siasatan awal menunjukan mereka terlibat dengan jenayah curi kenderaaan untuk dileraikan dan dijual dalam bentuk aksesori,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata semakan rekod mendapati tiga daripada lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

Kesemua mereka yang dipercayai aktif dalam kegiatan curi kereta dan motosikal sejak enam bulan lepas itu, kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top