BM | EN | 中文

Polis Johor Bahru jejak dua lelaki disyaki samun warga emas

PDRM-Polis.png

JOHOR BAHRU, 31 OGOS: Polis sedang menjejaki dua lelaki yang disyaki menyamun seorang wanita warga emas pada 22 Ogos lepas di sebuah rumah di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa yang berusia 63 tahun tersebut dan tinggal bersendirian di rumah.

Warga emas itu turut diikat dan dipukul oleh suspek yang kemudian melarikan barangan milik mangsa antaranya barang kemas dan wang tunai.

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuk bengkak pada belakang kepala dimasukkan ke Hospital Sultanah Amanah di sini untuk menerima rawatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp. Nizam Ramon di talian 011-16086119 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top