BM | EN | 中文

Polis Johor ambil keterangan “Datuk Seri”, peguam palsukan dokumen pertukaran wang asing

pdrm-polis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Polis telah mengambil keterangan seorang wanita didakwa ‘Datuk Sen’ dan seorang peguam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji, bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing dengan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya ketika ini sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam siasatan terbabit, untuk diambil keterangan.

“Kita sudah ambil keterangan dua individu setakat ini dan sedang memerika dokumen-dokumen dan akaun yang terlibat dalam kes ini.

Advertisement

“Orang ramai jangan terpengaruh dengan komen dalam media sosial yang bermacam-rnacam dakwaan berkaitan kes ini. Biar polis menjalankan siasatan yang lengkap dan selesai ambil keterangan…kalau cukup bukti kita akan tuduh,” katanya pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, di sini semalam.

Ketika ditanya sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur politik, Ayob Khan berkata siasatan akan dilakukan terlebih dahulu.

Pada 8 Oktober Ayob Khan berkata siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan susulan laporan polis diterima pihaknya daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada 7 Okt.

Advertisement

Terdahulu, beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata, laporan itu menyatakan wanita tempatan mendakwa, menerima mandat daripada Tunku Ismail untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang 200 bilion dolar Amerika Syarikat sehingga 5 trilion Dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia, manakala peguam terbabit pula merupakan proksi berkaitan dokumen berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top