BM | EN | 中文

Polis Iskandar Puteri cekup 13 ‘Ahlong’ menerusi Operasi Vulture

PDRM-Polis.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 OKT: Polis menahan 13 individu yang bergiat aktif dengan sindiket ah long menerusi Operasi Vulture yang dijalankan di Horizon Hill, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi berkenaan dijalankan pada pukul 1 petang dengan kesemua suspek warga tempatan berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan.

“Dalam operasi berkenaan, polis merampas 25 telefon bimbit, dua komputer, 19 kad ATM, satu kotak berisi dokumen perjanjian dan surat-surat yang dihantar kepada peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Advertisement

“Hasil siasatan yang dijalankan terhadap kesemua suspek, tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya, lapor Utusan Online.

Antara dokumen termasuk maklumat peribadi dan kad bank yang dirampas polis ketika menahan 13 lelaki terlibat dalam kegiatan Ahlong di Horizon Hill, Iskandar Puteri (Gambar Ehsan Utusan Online)

Tambah Dzulkhairi, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan kesemua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses mendapatkan reman.

Kegiatan Ahlong yang mengugut mangsa sering dilaporkan di negeri ini termasuk kejadian sebuah keluarga yang hidup ketakutan setelah diugut bunuh oleh sindiket itu, gara-gara pinjaman wang yang diberikan secara paksa kepada adiknya yang bekerja di Singapura.

Advertisement

Lelaki yang dikenali sebagai Ng, 37, berkata, Ahlong itu turut menyimbah cat merah pada kereta adiknya di rumah ibu bapa mereka di Taman Desa Jaya, di Johor Bahru selain menghantar gambar pistol kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Oktober lalu.

Ng berkata, kejadian bermula apabila adiknya yang bekerja di sebuah kilang di republik itu terdesak untuk menggunakan duit dan melayari aplikasi pinjaman wang di media sosial pada awal September lalu.

Jelasnya, walaupun adiknya berubah fikiran untuk tidak mahu membuat pinjaman, mereka bertindak meneruskan pemberian pinjaman tidak berlesen itu berjumlah S$1,000 setelah memperoleh maklumat peribadi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top