BM | EN | 中文

Polis gagalkan cubaan culik melibatkan tebusan SGD10 juta, selamatkan ahli perniagaan

tembak-menembak.jpg

Shafie (dua, kanan) menunjukkan pistol yang dirampas daripada suspek dalam kejadian tembak menembak di Mersing, semalam

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penculikan sekaligus menyelamatkan seorang ahli perniagaan dalam satu kejadian culik melibatkan wang tebusan sebanyak SGD10 juta.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, ahli perniagaan berusia 41 tahun itu berjaya diselamatkan selepas insiden tembak menembak di sebuah ladang sawit di Mersing, malam semalam.

Katanya, insiden itu turut menyebabkan seorang pegawai kanan polis mengalami kecederaan akibat ditembak.

Advertisement

“Pada 17 Disember lalu, kami mendapat laporan berlaku kejadian penculikan di Taman Gaya, Ulu Tiram sebelum sebuah pasukan khas ditubuhkan.

“Semalam, pada jam 8.30 malam, pasukan siasatan berjaya mengesan kedudukan mangsa di dalam sebuah kenderaan berhampiran ladang kelapa sawit di Mersing.

“Polis yang menghampiri kereta terbabit terus dihujani dengan tembakan sebelum beberapa das mengenai seorang anggota polis,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Shafie, ekoran inside tersebut, mangsa turut mengalami kecederaan tembakan di bahagian belakang badan, namun kini dalam keadaan stabil.

“Polis kemudian meneruskan Ops Kesan sebelum berjaya menjejak dua suspek di kawasan ladang sawit berhampiran pada jam 2 pagi, hari ini.

Advertisement

“Sekali lagi berlaku insiden tembak menembak dimana kedua-dua suspek berusia 39 dan 52 tahun berjaya ditembak mati,” tambahnya.

Shafie menegaskan pihaknya akan terus menjalankan siasatan untuk memastikan saki baki kumpulan itu berjaya ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top