BM | EN | 中文

POLIS DIMINTA UNTUK PERTIMBANG TIDAK MENYULITKAN PERATURAN KEMPEN PRK – MUHYIDDIN

IMG-20191113-WA0021.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 13 NOV: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak polis untuk pertimbangkan supaya tidak menyulitkan peraturan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berbaki hanya dua hari sahaja lagi.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya memberi ruang yang luas dalam sistem demokrasi supaya semua pekerja dari mana-mana parti diberikan ruang sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Advertisement

“Justeru itu, kita harap pihak polis, walaupun di bawah bidang tugas saya, tetapi yang berkuasa di peringkat daerah ini akan lebih bertimbang rasa, asalkan tidak ada timbul pergaduhan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Eco Rambah, di sini, hari ini.

Tambahnya, aduan mengenai peraturan kempen tersebut diterima berkenaan dengan peraturan yang agak ketat terutamanya mengenai permit yang diperlukan untuk program walkabout dan dari rumah ke rumah.

“Saya sudah menguruskan berpuluh-puluh Pilihan Raya sebelum ini dan saya lihat syaratnya tidak lah seketat begini.

Advertisement

“Parti-parti ini menjalankan tugas mereka untuk tarik sokongan pengundi. Ruang harus diberikan dan jangan dihalang atau disekat kerana tujuan mereka bukanlah untuk bergaduh,” katanya.

Ujarnya lagi, pada Pilihan Raya yang lepas, tiada syarat permohonan permit yang diperlukan kecuali untuk menganjur acara-acara yang besar.

“Setakat hari ini, tiada laporan trend yang membimbangkan keselamatan diterima, maka pihak polis telah diminta untuk pertimbangkan untuk tidak menyulitkan keadaan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top