BM | EN | 中文

Polis dapat maklumat Long Tiger di Melaka

Long-Tiger-lokap-Tangkak.jpg

MELAKA, 17 DIS: Polis Melaka giat meneruskan usaha membantu Polis Kontinjen Johor mengesan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33 yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Azlan Abu, berkata hingga petang ini belum ada tangkapan walaupun ada menerima maklumat lelaki warga Myanmar itu dikatakan berada di negeri ini.

“Kita ada terima maklumat tetapi apabila pasukan polis pergi (ke lokasi) tiada (suspek) kosong dan sekiranya suspek berjaya ditahan semula kita akan maklum,” katanya lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak mendapatkan bantuan daripada beberapa IPD berhampiran bagi mengesan ‘Long Tiger’ yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret, pada Rabu.

Sementara itu di Segamat, Persatuan Kereta Sewa Melayu Segamat dan pemandu teksi bersedia bekerjasama membantu polis Long Tiger.

Pengerusinya, Samion Bakar Ali, 69 berkata 42 ahli persatua akan memaklumkan kepada penumpang jika terlihat lelaki warga Myanmar itu jika melihatnya di Segamat.

“Ada antara ahli kami adalah pesara polis dan bekas tentera yang terlatih tentunya berpengalaman untuk membantu pihak berkuasa dengan menghubungi talian IPD Segamat 07-9312222,” katanya.

Penghantar makanan bermotorsikal, Loden Yusof, 26, pula berkata dia sentiasa memberi kerjasama bersama 120 rakan penghantar makanan membantu pihak berkuasa.

Katanya, dia dan 120 rakan turut akan menyebarkan gambar Long Tiger melalui media sosial kepada pelanggan yang berkemungkinan mengesannya di sekitar Segamat untuk segera menghubungi polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata pihaknya menghargai kerjasama orang ramai dalam aspek penyampaian maklumat serta pencegahan jenayah.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top