BM | EN | 中文

Polis buru suspek samun dan cabul sepasang kekasih

polis.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 DIS: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan jenayah samun dan cabul dalam satu kejadian yang berlaku di Lima Kedai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah tersebut pada jam 1.30 petang.

Menurut beliau, suspek menyamar mahu membuat sesi penggambaran dengan mangsa dengan menawarkan wang tunai berjumlah RM3,000.

Advertisement

“Mangsa yang berusia 23 tahun bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun datang dari Kuala Lumpur pada jam 8 pagi sebelum mengambil suspek di Pontian dan menuju ke Lima Kedai, Gelang Patah.

“Setibanya di jalan mati, suspek mengeluarkan parang dan mengarahkan teman lelaki mangsa keluar sebelum menguncinya di dalam bonet kereta.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka pakaian dan menghisap kemaluan suspek sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa dan merakam perbuatan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Dzulkhairi, suspek kemudian bertindak menyamun kedua-dua mangsa dan melarikan kenderaan milik mangsa.

“Kedua-dua mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM60,000 membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi, wang tunai sebanyak RM300, dua telefon bimbit, jam tangan, beg pakaian dan beberapa aksesori lain,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 392, Seksyen 397, Seksyen 377C dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top