BM | EN | 中文

Polis buru lelaki curi beg jemaah wanita di Masjid Wadi Hassan

Polis-buru-lelaki-curi-beg-jemaah-wanita-di-Masjid-Wadi-Hassan.jpg

Gambar Ehsan FB Masjid Wadi Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Polis sedang memburu seorang lelaki yang mencuri beg tangan seorang jemaah wanita di Masjid Wadi Hassan, Kampung Wadi Hassan, di sini, yang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, kejadian didapati berlaku pada pukul 7.13 malam dua hari lepas, ketika jemaah wanita berkenaan sedang menunaikan solat Maghrib.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini berkata berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dan setakat ini belum ada tangkapan.

Advertisement

Semalam, tular di laman sosial Facebook sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju berwarna kuning masuk ke ruang solat jemaah wanita dan melarikan sebuah beg.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top