BM | EN | 中文

Polis buka kertas siasatan penularan laporan Covid-19 di Kota Tinggi

kenyataan-media-01-scaled.jpg

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 13 FEB : Polis daerah Kota Tinggi mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berkaitan penularan satu laporan mengenai Koronavirus (Covid-19) di Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, siasatan dibuka dibawah Seksyen 203A kanun keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada RM1juta atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun atau dengan kedua-duanya.

“Kita siasat atas perbuatan menyebabkan laporan rasmi terkelas (berklasifikasi) untuk tujuan edaran dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetapi telah ditularkan kepada orang awam.

“Siasatan untuk mengenal pasti bagaimana berlaku kebocoran,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top