BM | EN | 中文

Polis berjaya berkas ‘Jack Panco’, suspek kes cabul dan samun

iskandar-puteri.jpg

Ibrahim (tengah) menunjukkan parang panjang yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 DIS : Polis berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah samun dan cabul dalam satu kejadian yang berlaku di Lima Kedai, Gelang Patah, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri (operasi), Superitendan Ibrahim Mat Som berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah kedai kereta di Pontian, kira-kira jam 6 petang.

Katanya, pelbagai barangan turut dirampas termasuklah pelbagai jenis telefon bimbit, kunci, dua buah kereta Perodua Myvi dan sebilah parang.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati suspek berkenaan tidak bekerja. Ujian saringan awal polis ke atas saspek dapati positif dadah jenis “Methamphetamine” dan tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media, hari ini.

JohorKini sebelum ini melaporkan mangsa yang berusia 23 tahun bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun datang dari Kuala Lumpur selepas tertarik dengan tawaran membuat penggambaran model sambilan menerusi Facebook yang ditawarkan suspek dengan bayaran RM3,000.

Advertisement

Mereka kemudiannya mengambil suspek  yang dikenali dengan panggilan ‘Jack Panco’ di Pontian dan menuju ke Lima Kedai, Gelang Patah pada Isnin lepas.

Ibrahim berkata, bagaimanapun, tiba di jalan mati di lokasi kejadian, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang panjang dari belakang badan dan meletakkan di leher teman lelaki mangsa dan menarik lelaki itu keluar dari kereta serta mengurungnya di dalam bonet belakang kereta.

“Kemudian suspek masuk semula ke dalam kereta dan mengacukan parang ke arah mangsa wanita itu dan mengarahkannya membuka pakaian serta memaksa melakukan seks oral.

Advertisement

“Suspek juga telah mencabul mangsa dan merakam perbuatan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Setelah selesai, suspek telah memandu kereta sampai di kawasan kebun sawit di Pontian dan mengugut mereka akan menyebarkan video yang dirakam sekiranya mereka membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa dan teman lelakinya kemudian ditinggalkan di tepi jalan, manakala barang berharga miliknya dan teman lelaki turut dibawa lari oleh suspek.

Advertisement

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana tawaran di media sosial sehingga menyebabkan berlakunya kejadian jenayah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top