BM | EN | 中文

POKOK KRISMAS TERBALIK TERBESAR DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU

pokok-krismas-terbalik-paradigm-mall.jpg

Pokok Krismas gergasi itu digantung dari siling ruanh legar utama di pusat membeli-belah tersebut

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Paradigm Mall Johor Bahru menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila perhiasan pokok krismas gergasi di pusat membeli-belah itu menjadi pokok krismas terbalik terbesar di Malaysia.

Selena (kanan) menerima sijil pengiktirafan daripada Jwan (kiri)

Penghargaan terhadap perhiasan pokok setinggi 6.8 meter dengan kelebaran 2.75 meter itu, merupakan rekod keempat yang dicipta oleh pusat membeli-belah tersebut dalam Malaysia Book of Records untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd Selena Chua berkata sebelum ini Paradigm Mall Johor Bahru pernah menerima penghargaan selepas mempamerkan watak kartun kembung terbesar di pusat membeli belah dan mempunyai taman permainan kembung terbesar bertemakan binatang peliharaan, kucing.

Advertisement

“Selain itu, kami juga telah menerima penghargaan daripada Malaysia Book of Records selepas mencatatkan pelepasan jumlah belon terbanyak (5,000 biji) pada satu majlis perasmian, di sini,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil penghargaan tersebut.

Selena (tiga dari kanan) ketika melancarkan program tersebut di sini

Sijil pengiktirafan rekod itu disampaikan oleh Pengarah (Marketing Solution) Malaysia Book of Records, Jwan Heah pada majlis sambutan hari Krismas di sini.

Pada program tersebut seramai 50 kanak-kanak dan penjaga dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor teruja menerima beg cenderahati selain menikmati hidangan daripada Marrybrown.

Advertisement

“Kami amat teruja untuk mempamerkan pokok Krismas sempena musim perayaan ini dan kami bertekad untuk mencipta pengalaman unik buat pengunjung, selain rekod ini dicipta untuk mengukir senyuman kepada pengunjung yang hadir ke sini,” kata Selena.

Terdahulu di ucapan perasmiannya, beliau berkata pihaknya ingin membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan berharap agar peserta yang terlibat dapat menikmati program penuh keriangan yang dianjurkan itu.

Sempena sambutan hari Krismas, ruang legar utama pusat membeli-belah itu dipenuhi dengan perhiasan daripada karakter kartun We Bare Bears, rancangan daripada saluran television kanak-kanak Cartoon Network, selain perhiasan kraft dan seni yang telah dipamerkan sejak 13 November lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top