BM | EN | 中文

PNS LULUS PEMBIAYAAN RM1.861 JUTA KEPADA USAHAWAN JOHOR

IMG-20191117-WA0013.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 17 NOV : Sebanyak RM1,861,190 juta pembiayaan telah diluluskan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) setakat November 2019 kepada usahawan di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, para usahawan wajar mengambil peluang pembiayaan tersebut untuk memajukan diri dalam industri francais.

Advertisement

Menurutnya, beliau mahu melihat lebih ramai anak Johor berani tampil ke hadapan untuk lebih maju walaupun dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dengan mempertingkatkan kualiti produk francais tempatan agar berdaya saing setaraf dengan produk antarabangsa yang lain.

“Melihat kepada jumlah tersebut, saya menyeru kepada para usahawan francais tempatan dan warga Johor yang berminat menceburi bidang ini supaya mengambil ruang dan peluang yang disediakan bagi meningkatkan lagi jumlah penglibatan usahawan dalam industri francais.

“Selain itu, pembangunan penyelidikan produk francais dan perkhidmatan, strategi perniagaan, usaha sama dan sistem francais hendaklah diperkasa bagi memastikan industri ini akan terus berkembang,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan wakil rasmi dari PNS, Hassan Abdul Rahman sempena Program Biz Francais@Johor anjuran PNS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) di Holiday Villa Hotel, hari ini.

Tambahnya, dalam usaha meningkat dan memperkasakan penyertaan masyarakat dalam bidang keusahawanan, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta.

Katanya, ia bagi melaksanakan program-program pembangunan usahawan seperti latihan, dana, pembangunan serta pemasaran produk, infrastruktur perniagaan dan khidmat nasihat.

Advertisement

Jelasnya, kerajaan negeri menerusi PUJB juga menawarkan skim bantuan geran, latihan, padanan perniagaan dan peluang pasaran.

“Selain itu, bagi menggalakkan keusahawanan terdapat pelbagai lagi program yang dilaksanakan bagi meransang perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Johor tidak pernah lekang dalam melaksanakan aktiviti dan bantuan keusahawanan.

“Negeri Johor amat bertuah kerana mempunyai sokongan agensi atau Jabatan Keusahawanan iaitu melalui Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ).

Advertisement

“Majlis ini dianggotai oleh lebih 50 buah agensi keusahawanan. Setiap agensi dan jabatan bergabung tidak kira wakil dari kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan produk serta aktiviti yang bermanfaat untuk PKS Johor,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top