BM | EN | 中文

PN muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan – Muhyiddin

muhyiddin_perikatan-nasional.jpg

Gambar Ehsan The Malay Mail

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bersama Pas dan Gerakan.

“Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini semalam.

Turut hadir Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Terdahulu Muhyiddin dilaporkan SH Online berkata, PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

Ketika ditanya siapakah calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir selepas beliau tidak berhasrat mempertahankan kerusi itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata: “Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak.”

Sementara itu Dominic berkata, Gerakan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN mengenai kerusi yang akan diagihkan kepada parti itu pada PRN Johor.

Beliau mengakui parti itu memang berminat untuk bertanding di beberapa kawasan DUN dan telah menyerahkan senarai calon-calonnya kepada pucuk pimpinan PN, namun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top