BM | EN | 中文

PN Johor tawar PAS 15 ‘kerusi kalah’, dakwa Hasni Mohamad

datuk-hasni-mohammad-umno-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Perikatan Nasional (PN) didakwa menawarkan 15 daripada 26 kerusi pilihan raya yang berpotensi kalah kepada Pas Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu menerima kunjungan kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

“Saya terus terang kepada kedua-dua pemimpin bahawa Pas akan kalah semua kerusi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Advertisement

“Yang lepas, pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) ketika Umno dikatakan teruk dan kecundang dalam cabaran hebat sekali, Pas hanya menang satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir.

“Tetapi BN menang 19 kerusi dan satu kerusi (Bukit Pasir) dimenangi Pas sebab kesilapan teknikal dan kerana calon Bersatu ketika itu didapati tidak layak.

“Tetapi saya beri jaminan kepada Presiden Pas dan timbalan bahawa jika mereka bersama dengan kita walaupun tak banyak kerusi boleh dipertimbangkan, tetapi kita jamin Pas boleh menang,” katanya, lapor Utusan Online.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top