BM | EN | 中文

PN digesa henti amalan dua darjat – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 APR: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoalkan amalan dua darjat terhadap pelajar matrikulasi di Perak yang disaman baru-baru ini kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Ini sedangkan katanya, Perdana Menteri dan seorang timbalan menteri sebelum ini pula bebas tanpa sebarang hukuman dikenakan.

Menurut Guan Eng, amalan dua darjat terswebut telah meracuni usaha pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Advertisement

“Tidak ada denda yang dikenakan kepada Perdana Menteri kerana gagal memakai pelitup muka pada 31 Mac 2021 ketika berjalan ke lobi hotel di Putrajaya untuk mesyuarat Bersatu.

“Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin juga tidak dihukum kerana menurunkan pelitup mukanya ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun RTM 75 pada 1 April 2020,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jelas Guan Eng, kedua-dua menteri terbabit sepatutnya didenda bagi membuktikan komitmen kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19.

Advertisement

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan Roketkini turut mempersoalkan adakah saman pelajar matrikulasi tersebut akan dimansuhkan demi menyelamatkan dan menutup malu Perdana Menteri dan timbalan menteri tersebut.

“Kemarahan orang ramai meningkat terhadap amalan dua darjat, di mana orang awam dihukum tetapi tidak ada tindakan atau hukuman ringan yang diambil terhadap Menteri.

“Hanya apabila kerajaan komited untuk menerapkan prosedur operasi standard (SOP) secara tidak berat sebelah dan tanpa rasa takut atau pilih kasih, barulah Malaysia dapat berjaya menghentikan lonjakan jangkitan Covid-19 sekarang,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, defisit kepercayaan, penggantungan parlimen dan ketaksuban ‘membeli’ sokongan politik juga menjadi punca utama masalah kewangan yang dihadapi kerajaan PN dan akan mempengaruhi perjuangan dalam memerangi Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top