BM | EN | 中文

PN berdepan dengan ibrah khianat

Azam-Razak.png

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak

Advertisement

MERSING, 10 JAN: Situasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini diibaratkan sebagai ibrah dari tindakan sesetengah pemimpin mereka yang khianat sebelum ini, kata Pengarah Hal Ehwal Syariah, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Razak

Katanya, tindakan ahli parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob menarik sokong kepada kerajaan PN semalam menyebabkan gabungan itu hanya mempunyai 110 sokongan dari 220 ahli parlimen.

Jelasnya, sememangnya golongan yang khianat tidak akan menjadi tenang dalam berhadapan dengan apa juga situasi seperti yang diajarkan dalam agama Islam.

Advertisement

“Golongan khianat akan mendapat suatu kesan yang negatif dengan tindakan yang mereka lakukan kerana ia sebagai ibrah kepada mereka.

“Jika dilihat dari mula sehingga kini negara mengalami pelbagai masalah baik dari segi politik, sosial, ekonomi mahupun pentadbiran mereka sendiri.

“Tidak akan tenang seseorang itu yang mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Mereka menganiaya rakyat atau pengundi sebelum ini, mana mungkin mereka hidup dalam keadaan tenang,” jelasnya.

Advertisement

Beliau menyatakan kestabilan politik dan pentadbiran adalah faktor utama sebagai sebuah bagi mentadbir sesebuah negara.

Justeru itu, kerajaan PN hari ini tidak mempunyai faktor tersebut sehingga apa dilakukan mereka sentiasa berubah-ubah serta tidak mempunyai matlamat yang jelas.

“Kestabilan ini penting dan apa yang dimiliki oleh PN hari ini amat rapuh. Bukan sahaja dari angka sokongan malah ia boleh ditafsirkan dengan hubungan sesama komponen gabungan mereka.

Advertisement

“Umno dengan permintaan mereka bertembung dengan Bersatu. PAS dengan keadaan mahu menyelamatkan kedudukan mereka.

“Semua memberikan saingan yang tidak sihat sehingga pasti akan berlaku tindas menindas di antara mereka.

“Perkara ini membuatkan rakyat sebagai mangsa mereka sehingga matlamat untuk menyelamatkan rakyat tidak akan berjaya dilakukan akibat pertembungan dan kerapuhan ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top