BM | EN | 中文

PN atau MN, PAS kini dalam dilema

PAS-Perikatan-Nasional-Muafakat-Nasional.png
Advertisement

MUAR, 25 FEB: Parti Pas dilihat mengalami dilema apabila terpaksa untuk memilih antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), kata setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Faizul Salleh.

Katanya, parti PAS khususnya di Johor hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri yang boleh dianggap sebagai talian hayat untuk terus relevan di negeri ini.

“PAS wujud kerana hanya satu kerusi dimenanginya. Itu pun selepas pembatalan calon PH (Pakatan Harapan) dalam gelombang rakyat menolak Umno-BN pada pilihan raya umum ke-14.

Advertisement

“Kini satu-satunya kerusi di Johor menjadi ranting rapuh tempat parti itu bergayut. Memilih untuk bersama mana-mana kumpulan pastinya menjadi dilema PAS.

“Kena diingat kerusi DUN (Bukit Pasir) yang dimenangi PAS itu adalah kerusi kuat dan tradisi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apakah PAS bersedia melepaskannya sekiranya permintaan itu datang dari Muhyiddin sendiri?” kata Faizul.

Advertisement

Beliau menjelaskan ada pandangan untuk PAS memilih bersama MN selepas darurat, namun keputusan itu juga dilihat tidak berhasil.

“Mana mungkin PAS bersedia meruntuhkan kerajaan yang memberikan mereka jawatan menteri dan keselesaan.

“PAS perlu bersedia berdepan masalah apabila memilih. Sekiranya memilih MN, mereka akan hilang jawatan menteri yang selesa.

Advertisement

“Sekiranya Umno ‘menamatkan kontrak’ dengan Bersatu sehingga habis darurat, PAS akan berputih masa,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top