JOHOR BAHRU, 30 OKT : Majlis Apreasiasi Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) 2019 yang dianjurkan di Impiana Hotel Senai baru-baru ini dilihat dapat mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja berkualiti tinggi dikalangan kakitangan serta pelajar institut berkenaan.
Pengarah PMJB, Azirin Abdul Aziz berkata, majlis tersebut juga adalah sebagai menzahirkan pengiktirafan di atas kecemerlangan dan sumbang bakti mereka.
“Diharapkan melalui majlis ini dapat mewujudkan persekitaran persaingan yang positif dikalangan warga kerja dan pelajar bagi mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi,”katanya pada majlis tersebut.
Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan Ketua Jabatan Audit Dalaman, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Dr Othman Ibrahim.
Dalam pada itu, Othman berkata, modal insan yang berkepakaran tinggi dan mempunyai sikap profesionalisma yang cemerlang merupakan kunci utama kepada kejayaan sesebuah organisasi.
“Justera itu, majlis ini memberi impak kecemerlangan kepada PMJB dalam memastikan kejayaan berterusan
di masa akan datang dan menjadi pembakar semangat di kalangan pegawai, kakitangan dan pelajar,” katanya.
Majlis sama turut diadakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Staf bagi lima kategori utama disampaikan oleh tetamu khas Timbalan Pengerusi Integrity & Governance Unit of Iskandar Regional Development Authority, Ahmad Faizal Ismail.
JohorKini