BM | EN | 中文

PM umum perintah kawalan pergerakan dari 18 hingga 31 Mac

tsmy-lockdown.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya malam ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bertujuan untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya dan aktiviti harian dapat diteruskan semula seperti biasa.

“Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

“Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Advertisement

“Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

“Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Advertisement

“Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

“Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara,” kata Muhyiddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top