BM | EN | 中文

PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) RM250 bilion

tsmy-27-Mac.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

“Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung hari ini.

Advertisement

Tambahnya, pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua. rakyat Malaysia.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir.

“Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top