BM | EN | 中文

PM Singapura umum adakan pilihan raya

PM-Singapura-umum-adakan-pilihan-raya.png

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong

Advertisement

SINGAPURA, 23 JUN: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Lee Hsien Loong, beliau berkata telah menasihati presiden republik itu, Halimah Yacob untuk membubarkan parlimen.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan Singapura yang stabil berkenaan penularan Covid-19, katanya lagi.

Advertisement

Menurut Fasal 65 (3) Perlembagaan Republik Singapura, diperuntukkan bahawa Presiden boleh pada bila-bila masa dengan proklamasi dalam warta untuk membubarkan parlimen sekiranya dinasihatkan oleh Perdana Menteri.

“Manakala Presiden telah dinasihati oleh Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 23 Jun 2020.

“Oleh itu, saya Halimah Yacob, presiden republik Singapura menyatakan dan memaklumkan bahawa parlimen akan dibubarkan pada 23 Jun 2020,” menurut kenyataan dikeluarkan presiden republik itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top